LCD Text Generator at TextSpace.net

BAB 2

Guru Dan Perundangan





Akta Pendidikan 1996





AKTA PENDIDIKAN 1996( Akta 550)


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitannya.

Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.

Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saingn tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Dan Bahawasanya pendidikan mempuyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.

Dan Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia.


                                                                                         (Falsafah Pendidikan Kebangsaan )

Dan Bahawasanya dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.

Terdapat 16 Bahagian:

Bahagian 1 : Permulaan

Bahagian 11 : Pentadbiran

Bahagian 111 : Majlis Penasihat Pend. Keb.

Bahagian 1V : Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Bahagian V : Penilaian Dan Peperiksaan

Bahagian VI : Pendidikan Tinggi

Bahagian VII : Institusi Pendidikan Swasta

Bahagian VIII : Pendaftaran Institusi Pendidikan

Bahagian IX : Pendaftaran Guru

Bahagian X : Jemaah Nazir Sekolah

Bahagian XI : Kewangan

Bahagian XII : Rayuan

Bahagian XIII : Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV : Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV : Pelbagai

Bahagian XVI : Peralihan Dan Pemansuhan

Bahagian II: Pentadbiran

1. Perlantikan dan Kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan

2. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain

3. Ketua Pendaftar dan Guru

4. Ketua Nazir Sekolah Dan Nazir Sekolah.

5. Pengarah Peperiksaan

6. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas



Bahagian III : Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan

Fungsi dan Kuasa Majlis

Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan

Bab 1- Sistem Pendidikan Kebangsaan

1. Jenis Sistem Pendidikan Kebangsaan:

* Pendidikan Prasekolah

* Pendidikan Rendah

* Pendidikan Menengah

* Pendidikan Lepas menengah dan

* Pendidikan Tinggi

Tidak termasuk sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa
2. Kategori Institusi Penddidikan

* Institusi Pendidikan Kerajaan

* Institusi Pendidikan Bantuan kerajaan

* Institusi swasta

3. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Pengantar utama kecuali sekolah jenis        
    kebangsaan maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai bahasa kebangsaan
4. Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah
5. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.


Bab 2- Pend. Prasekolah

1. Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika

2. Kuasa Menteri untuk tubuhkan tadika

3. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika

4. Bahasa Pengantar di tadika (bahasa lain boleh digunakan, tapi Bahasa Kebangsaan 

    wajib sebagai satu matapelajaran.

5. Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak


Bab 3- Pendidikan Rendah

1. Menteri - Mengadakan Pendidikan Rendah.

2. Penubuhan & Penyenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Sek. Jenis Kebangsaan.

3. Tempoh Pendidikan Sekolah Rendah (enam tahun)

4. Pendidikan Sekolah rendah wajib

Bab 4- Pendidikan Menengah

1. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah

2. Boleh mengadakan Kelas Peralihan


Bab 5 – Pendidikan Lepas Menengah

* Menteri boleh mengadakannya di sek. Men. Keb atau maktab atau inst. Pend. Lain


Bab 6- Institusi Pendidikan Lain

* Menteri boleh menubuhkan & menyenggarakan inst. Pend. Spt maktab, sekolah khas, 

   politeknik dan inst. Pend. Lain.

* Menteri boleh beri sumbangan bantuan kpd. Inst. yang tidak ditubuhkan olehnya.



Bab 7- Pend. Teknik & Politeknik

1. Pend. Teknik di sek men. Keb dan institusi pend. yang lain.

   *Kuasa menteri

   *Menyediakan kemahiran

2. Politek. boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang 

    diluluskan oleh Menteri

3. Kerjasama dgn inst. lain dan organisasi perindustrian dlm pend. Teknik & Vokasional

    * Tertakluk kpd kelulusan Menteri

    * Tertakluk kpd terma dan syarat Menteri.

4. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dgn ijazah yg diberikan oleh universiti,

5. Kuasa utk membuat peraturan berhubung dengan politeknik

* Penubuhan lembaga atau badan untuk mengawasi dabn mengubahsuai kurikulum dan 

   prog. latihan

* Menjalankan pengukuran atu penilaian atau mengendalikan peperiksaan

* Penganugerahan sijil/dip

* Disiplin murid

* Penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis, 

   badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum



Bab 8 – Pendidikan Khas

1. Menteri hendaklah mengadakan pend. Khas di sek khas/mana-mana sek ren/men yang 

     difikirkan sesuai & manfaat.

2. menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh & kur. pend.khas

* Mematuhi kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabahnya praktik.



Bab 9- Pendidikan Guru

1. Tiada seorangpun boleh menubuhkan maktab pend. guru melainkan dgn kelulusan 

     Menteri.

2. Semua maktab –didaftarkan

3. Maktab – anugerah sijil dan apa-apa kelayakan lain

4. Maktab hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian & prog. latihan yang 

    diluluskan oleh Menteri



Bahagian IX: Pendaftaran Guru

Bab 1 – Pendaftaran Guru

1. Larangan mengajar: tidak boleh mengajar tanpa didaftarkan

2. Daftar Guru( D.G ): Ketua Pendaftar ( K.P ) mesti simpan suatu Daftar Guru

3. Permohonan – borang & prosedur tetap- kpd K.P

4. K.P boleh enggan daftarkan guru :

* Umur < 18 tahun

* Tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar

* Membuat pernyataan palsu

* Kecacatan jasmani/mental/penyakit

* Telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah



Bab 2 – Permit Mengajar

1. K.P boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kpd yg bukan guru berdaftar:

* Memohon didaftarkan sbg guru dan permohonannya belum diputuskan lagi

* Seseorang yg diperlukan sebagai guru sementara

2. Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa & ikut budi bicaranya, membatalkan suatu 

    permit mengajar dgn memberikan notis bertulis

Bahagian XIV

132. Kesalahan dan penalti

(1) …pernyataan palsu atau mengelirukan dalam promosi institusi pendidikan itu adalah 

     melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atu 
    dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

133 Kesalahan dan penalti berhubunga dengan pendaftaran guru.

….(c) bertindak sebagai guru di suatu institusi yang tidak berdaftar (didenda tidak melebihi 

lima ribu ringgit.


134 Kesalahan dan penalti berhubung dengan nazir


(a) menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah dalam menjalankan 

     tugas.

(b) Enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, 

      bahan, dokumen ….

(c) Memberi maklumat palsu

Didenda tiga puluh ribu ringgit atau penjara dua tahun dan kedua-duanya,


Renungan :

(i) Bolehkan seseorang guru tidak menyediakan Buku Rekod Guru?


(ii) Apakah penalti seseorang guru tidak menyimpan Buku Rekod?

(iii) Pengetua Sekolah A tidak mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal 

      sekolah semasa. Bolehkah beliau didenda?

http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ikhtisas-view?id=759

No comments:

Post a Comment