LCD Text Generator at TextSpace.net

BAB 6


STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN 
\














ADAPTASI PELBAGAI INOVASI DAN PERUBAHAN 





Definisi

Inovasi (asal bahasa Latin) – pembaharuan

Inovasi sebagai pembangunan teknologi baru atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu.
Kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam menyelesaikan sesuatu masalah, peluang untuk meningkatkan dan memperkayakan taraf hidup masyarakat.
Harvard’s Theodore Levitt – innovation is doing new things. Penciptaan cara-cara baru untuk menyampaikan nilai kepada pengguna.
Penghasilan produk atau kaedah yg baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum.
Keadaan di mana individu atau kelompok manusia atau sesebuah organisasi memahami, mengetahui, mampu mengaplikasi daya kreativiti dalam usaha untuk:


i. Membuat keputusan
ii. Selesaikan masalah
iii. Terbit idea
iv. Hasilkan inovasi (produk, proses, sistem)

Inovasi Dalam Pendidikan
Aktiviti yg melibatkan pembaharuan, perubahan yg positif dalam pelaksanaan kurikulum, aktiviti kurikulum yang berkaitan dengan kurikulum di peringkat sekolah.
Hasil cetusan idea yang kreatif dalam aspek kerja untuk meningkatkan kualiti P & P dan produktiviti organisasi sekolah.
Pelaksaan kurikulum – usaha melaksanakan kurikulum melalui bahan-bahan kurikulum, teknologi pendidikan, kaedah P & P serta penilaian pembelajaran.
Pembaharuan – melalui cara, kaedah. Teknik P & P; pendekatan baru yang meningkatkan pembelajaran.
Ambil kira kesesuaian kos, masa, tenaga dan penggunaannya.
Meningkatkan kecekapan P&P; keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada murid.

Guru perlu tahu kebolehan, latar belakang, pengalaman dan keluarga murid – dapat kenal pasti keperluan P & P; masalah murid.


Tujuan Inovasi
Menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya.
Melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif (creative society), dan negara kreatif (creative country).


Keperluan Inovasi Guru

Pengajaran lebih menarik.

Melahirkan kejayaan dalam aspek kurikulum

Mengembangkan potensi pelajar

Mengukuhkan penyampaian nilai

CIRI-CIRI GURU BERINOVASI


Berkualiti menempuh era globalisasi yang diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi.
Mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

Fleksibel dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.


Sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.

Sentiasa memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata.

Mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir.

Menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar.


Sentiasa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata.

LANGKAH PEMANTAPAN BUDAYA INOVASI DI SEKOLAH OLEH KERAJAAN

Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif untuk menyemai budaya inovatif dan kreatif di kalangan murid.

Sekolah akan bertindak sebagai agensi pelaksana yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif.

Digunakan sepenuhnya oleh guru sebagai garis panduan untuk mencapai hasrat negara meningkatkan keupayaan daya saing negara yang diukur berdasarkan kemampuan rakyat untuk berinovasi.

Program i-Think

Kerjasama KPM dan KPT dengan Agensi Inovasi Malaysia melalui Program i-Think juga merupakan pendekatan baru yang sesuai digunakan oleh guru untuk meningkatkan penaakulan dalam kalangan murid.

Program ini telah dirintis di 10 buah sekolah dan diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
(dipetik dari petikan akhbar oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, Kuala Kangsar 2012)

ASPEK STRATEGI PENGURUSAN INOVASI

· Merancang, menggubal dan melaksanakan program latihan dalam bidang pengurusan      
  kualiti pendidikan.

· Memantau pencapaian pengurusan kualiti

· Menerbitkan bahan penulisan dalam bidang pengurusan kualiti pendidikan.

· Menjadi kumpulan pemikir dalam bidang pengurusan kualiti pendidikan.

· Merancang dan mengurus belanjawan pelaksanaan program di peringkat jabatan.

· Menjalin hubungan dan kerjasama dengan agensi luar berkaitan dengan pengurusan 
  inovasi.

Contoh Institusi Pendidikan :
1. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands
- Amalan TQM dan MS ISO 9000
- Sistem Pengurusan Pencapaian IAB
- Program Khas Peningkatan Kualiti IAB
- Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
- Anugerah Kualiti
- Audit

2. Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran
- Pembinaan laman web
- Pertandingan Guru atau Jabatan Inovatif
- Anugerah Guru Inovatif Hari Guru
- Anugerah Inovasi Jabatan
- Kerjasama antara institusi pendidikan dengan agensi luar, syarikat korporat, jabatan   
  kerajaan dan lain-lain.
- Pencapaian prestasi melalui KPI di dalam NKRA yang ketiga.

SKOP PELAKSANAAN INOVASI


1. ASPEK PERKHIDMATAN AWAM
· Inovasi Tadbir Urus
· Inovasi Jaringan Keselamatan Sosial
· Inovasi Pengangkutan
· Inovasi dalam Kemasyarakatan
· Inovasi Bandar
· Inovasi Penjagaan Kesihatan
· Inovasi Penjenamaan
· Inovasi Desa
· Inovasi Korporat
· Inovasi Industri

2. ASPEK PENGURUSAN PENDIDIKAN
· Pengurusan Pelanggan
· Pengurusan Budaya Kerja
· Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi
· Pengurusan Projek Pembangunan
· Pengurusan Sumber Manusia
· Pengurusan Teknologi dan Maklumat
· Pengurusan Kewangan dan Aset

KRONOLOGI INOVASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1980-an
· KBSR KBSM
· Siaran rancangan pendidikan SK dan SM melalui Radio dan TV Pendidikan
· KPM membekalkan alatan pendidikan berasaskan teknologi seperti radio, televisyen, 
  overhead projektor
· Projek pendidikan berasaskan ICT dan pembekalan komputer

1990-an
· Projek Rintis Sekolah Bestari
· Projek KIA 2M
· Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Wawasan, Sekolah Kluster

2000 - Alaf Baru
· Smart School Qualification Standards untuk Sekolah Bestari
· KSSR
· Projek LINUS
· Projek 1BestariNet
· RMK 10

PERUBAHAN PENDIDIKAN

Isu
· Perlu diramal supaya organisasi bersedia terhadap kemungkinan positif atau negatif
· Bergantung kepada kehendak kepimpinan organisasi pendidikan, teknologi, kemanusiaan
· Berlaku atas dasar kepercayaan dan falsafah politik semasa
· Melibatkan kos yang tinggi dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan

Objektif
· Mengurangkan Konflik
· Mewujudkan kolaborasi,hubungan baik dan kerjasama bagi kepentingan organisasi.
· Meningkatkan Keberkesanan
· Melalui pencapaian, matlamat, objektif dan misi hasil gabungan usaha dan bakat ahli
· Meningkatkan Kecekapan
· Hasil yang diperoleh kesan dari penambahbaikan amalan dan ilmu pengetahuan ahli

Faktor
1) Dalaman
· Peristiwa atau sesuatu masalah
· Pelantikan pengetua atau guru besar baru
· Prestasi sekolah dalam akademik, kurikulum dan kokurikulum

2) Luaran
Perkembangan :
- - Politik
- - Sosial
- - Ekonomi

Kekangan
· Sesuatu yang tidak dapat dielakkan
· Mempunyai faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi
· Memerlukan kajian yang terperinci dalam skop yang global
· Wujud penentangan atas 4 faktor (Leigh, 1988)
- - Budaya
- - Sosial
- - Organisasi
- - Psikologikal

SISTEM KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA 

" SKPM adalah Salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun diperakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (Sekolah)."









No comments:

Post a Comment