LCD Text Generator at TextSpace.net

BAB 5

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

INOVASI GURU
II



i. Bawa perubahan

i. Penuhi keperluan semasa

ii. Selesaikan masalah

iii. Kembangkan bakat pelajar

iv. Guna pelbagai bahan

v. Tingkatkan kualiti pendidikan

vi. Kecekapan bertambah

vii. Jana idea kreatif

viii. Tidak membosankan

ix. Jadi tempat rujukan

x. Menarik minat pelajar

xi. Perlu bersikap terbuka

xii. Sokongan pihak pengurusan


STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF





PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN


Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. 
Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. 
Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. 
Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. 
Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.
 Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. 
Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. 
Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. 
Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. 
Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. 
Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.
 Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.
 Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.

PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN



REKA BENTUK RESOS

Berdasarkan guru dan cabaran semasa tulisan Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskun rekabentuk resos merupakan suatu proses sistematik untuk merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai bahan pengajaran sains untuk mencipta spesifikasi resos pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan.

Seringkali kita mendengar perkataan resos dalam kalangan guru. Malahan kita juga akan terjumpa sebuah bilik khas yang diberi nama bilik resos di sekolah.Tetapi apabila disemak-semak dalam EN Google, tiada istilah resos yang dijumpa. Malahan di dalam buku juga definisinya kurang jelas.

Namun begitu, setelah dikaji makna sebenar resos di dalam kepelbagaian sumber rujukan, baharulah kami sedar bahawa perkataan ‘RESOS’ itu diperoleh daripada perkataan ENGLISH iaitu resource.

Maka makna sebenar-benar resos adalah sumber dan definisi bagi bilik resos ADALAH bilik sumber. Justeru, dalam kalangan guru bilik sumber begitu dekat sekali dengan sumber P&P contohnya bahan bantu mengajar.


Model Reka Bentuk RESOS

1. Model Berorientasikan Bilik Darjah

Model berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan. Guru hanya memilih media yang sesuai dengan objektif pengajarannya bukan membina media seperti dalam model yang berorientasikan sistem.

Model-model ini tidak berhajat menjadikan guru sebagai pembina bahan kerana tugas guru lebih banyak ditumpukan kepada pengajaran. Guru hanya merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum masuk ke bilik darjah.

Contoh-contoh model RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996),model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989). Berikut adalah dua contoh model berkenaan:


Dalam model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell , 1993) terdapat enam langkah:
(a) A - Analyse learners (Analisis pelajar),
(b) S - State objectives (Nyatakan objektif),
(c) S - Select media and materials (Pilih media dan bahan),
(d) U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan),
(e) R - Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran),
(f) E - Evaluation/reviem (Penilaian/Semak semula bahan).


Dalam model Dick dan Reiser (1989 ) terdapat Lapan langkah:
(a) Tentukan matlamat,
(b) Analisis ciri pelajar,
(c) Tulis objektif,
(d) Pilih/semak buku teks,
(e) Bina ujian,
(f) Bina aktiviti pengajaran,
(g) Pilih media pengajaran,
(h) Laksana pengajaran.


2. Model berorientasikan produk
Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van Patten (1989), model
Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).


3. Model berorientasikan sistem

Contoh model yang berorientasikan sistem adalah model IDI (1973), model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1990). Berikut adalah contoh bagi produk dan satu contoh bagi sistem.

i) Dalam model jenis produk Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) terdapat tujuh langkah:
a. Analisis masalah,
b. Analisis domain,
c. Analisis dan susun tugasan,
d. Analisis dan susun isi sokongan pelajaran,
e. Tentukan peristiwa dan aktiviti pengajaran,
f. Lakukan reka bentuk mesej interaktif,
g. Nilai pengajaran.


ii) Dalam model jenis sistem Dick dan Carey (1979) terdapat sembilan langkah:
a. Kenal pasti matlamat pengajaran,
b. Buat analisis pengajaran,
c. Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar,
d. Tulis objektif prestasi,
e. Bina item ujian rujukan kriteria,
f. Bina strategi pengajaran,
g. Bina dan pilih bahan pengajaran,
h. Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif,
i. Semak semula pengajaran.
Ciri-ciri Reka Bentuk RESOS

Model Reka Bentuk RESOS





Peringkat Reka Bentuk RESOS
Kelebihan RESOS


Jenis-jenis RESOS P&P

Reka Bentuk RESOS P&P Tanpa Teknologi ICT
 Reka Bentuk RESOS Bersumberkan Teknologi


REKA BENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Reka Bentuk Pentaksiran




No comments:

Post a Comment